Penyelidik berjaya singkap rahsia herba untuk kekal muda
Disusun oleh LEE YUK PENG, V.P. SUJATA dan A. RAMAN
Ramai yang tentu berminat untuk sentiasa muda supaya dapat terus beramal ibadat dengan sempurna. Allah swt dengan rahmahNya telah menyediakan herba yang sungguh menakjubkan ini...sila lah baca kajian yang telah dibuat oleh penyelidik dari UTM ini .
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan penyelidik dari Korea Selatan telah menemui agen anti-penuaan di dalam herba kacip fatimah yang merangsang penghasilan kolagen dan bertindak sebagai anti-oksidan, lapor Kosmo!
Kajian yang dijalankan oleh Dr. Mohamad Roji Sarmidi dari Fakulti Kejuruteraan Kimia, UTM dan Profesor Dr. Chan Seo-Par, Jabatan Kimia dan Biologi, Universiti Dongguk Korea Selatan menunjukkan herba tersebut boleh mencerahkan kulit.
Naib Canselor UTM, Datuk Dr. Zaini Ujang menjelaskan, ekstrak daun kacip fatimah juga menyekat penghasilan melanin yang menggelapkan kulit dan mengurangkan kesan sunburn.
Kacip fatimah yang diketahui umum untuk meningkatkan tahap kesihatan wanita, kini didapati berkesan di dalam aspek penjagaan kulit, ujar beliau. Tambahnya lagi, Universiti Dongguk dipilih kerana memiliki makmal penyelidikan yang tidak terdapat di Malaysia.
No comments:
Post a Comment