Selamat Datang

Diri anda amat berharga sekali. Allah ciptakan semua yang ada pada diri anda sebagai amanah yang tidak ada tukar gantinya khusus untuk melaksanakan tugas menjadi Khalifah di muka bumi ini. Jagalah ia dengan baik kerana ia akan menjadi saksi di akhirat kelak.....

Tuesday, September 29, 2009

Selepas Aidil Fitri.....

Seperti tahun-tahun yang lepas, selepas aidil fitri ramai yang berkunjung ke Daya Alami terdiri dari kalangan mereka yang mempunyai masaalah berkaitan dengan penghadaman dan sisitem aliran darah, perkumuhan dan pernafasan.

Simtom-simtom yang di beri seperti kembung, bisa ulu hati, pening kepala, susah nak buang air besar & sembelit mereka sedar datangnya dari pemakanan yang di ambil ketika meraikan hari raya.....

Di Malaysia, kuih muih yang manis, berlemak butter atau margerie atau minyak sapi, dodol, baulu & sebagainya merupakan hidangan yang mesti ada di meja makan.....juga rendang, pulut, lemang, masak lodeh pun mempunyai kandungan santan yang sungguh tinggi...Waktu makan pula tidak dijaga..ia seperti tiada hentinya. Setiap kali berkunjung ke rumah saudara dan sahabat taulan apa sahaja tidak di tolak...dua tiga hari kerjanya makan, makan & makan....dari pagi hingga ke malam...

Kasihan sungguh kepada perut yang terkejut dengan perubahan yang mendadak. Sebulan berpuasa hanya makan di waktu malam...tiba hari raya terpaksa menerima makanan pada kadar yang besar & di siang hari pula...perubahan ini tidak ada amaran langsung....

Selalunya hidangan hari raya kurang serat samada dari sayur, buah2an atau bijirin. Perut terpaksa mengisar makanan yang berprotin tinggi seperti ayam, daging, kacang tanah..kerja yang sungguh berat bagi perut yang kecil ini......kemudian berbagai jenis air berperisa & berkarbonat yang manis dan berwarna warni.

Memang sukar untuk sistem penghadaman menerima tekanan ini....kerjanya berlipat kali ganda...cuba menapis yang baik sahaja & membuang yang tidak diperlukan oleh tubuh...akan tetapi apa yang telah masuk ke dalam pasti akan diserap dengan efisyen sekali kerana tubuh baru pulih dan sihat setelah sebulan menjalani program pembersihan...........maka masuk lah segala gula, lemak, pewarna, perasa, perisa dan berbagai2 lagi dan kembali lah sistem yang baru hendak pulih dan segar menjadi lemah kerana di sendatkan dengan berbagai pekara yang sebenarnya tidak sangat diperlukan oleh badan...

Terjadilah saluran darah yang "jam" dan tak dapat mengalirkan apa yang sebenarnya diperlukan oleh tubuh...darah mengalir lesu...pekat dengan lemak dan kurang dari mineral dan vitamin yang sangat dibutuh oleh badan.

Sebenarnya kita mampu mengubah pilihan makanan di hari raya. kita boleh tidak menghidangkan kuih yang bergula tinggi, berlemak tinggi & lauk berkolestrol tinggi.

Hidangan mungkin yang berasaskan  bijirin seperti oats, kekacang, biji2an seperti kuaci atau biji bunga matahari dan sebagainya...menghidangkan buah2an kering seperti kurma, buah tin atau kismis atau buah2an segar tempatan, menyediakan masakan yang berasaskan ikan & sayur2an seperti salad, acar mentah, nasi kerabu dan membuat jusdan minuman dari buah2an yang segar atau herba....atau jika menghidangkan kek ..kek dari buah2 kering....

Jika kita cuba mengubah pemakan kita pada tahun hadapan lihatlah nanti perbezaannya. Betapa kita rasa segar dan sungguh sihat. Maka tidak mungkin akan ada simtom lesu, bisa badan dan rasa lemah segala2nya selepas raya.....insyaAllah

Wednesday, September 9, 2009

Selamat Datang Ke Daya Alami......Rawatan Suci, Semulajadi, Saintifik, Selamat, Sunnatullah & Sinergistik

Akhirnya blog Daya Alami untuk berkongsi pengalaman dalam dunia rawatan alami, herba & semulajadi terhasil juga....di sini kami akan berkongsi konsep daignos & rawatan alami & semulajadi. produk2 yang berkesan untuk berbagai jenis penyakit akan dipaparkan untuk semua.....dan bagaimana untuk mendapatkan produk ini.

Jika anda ada cadangan & masaalah kesihatan dalam kehidupan...fizika, emosi, dan lain lain boleh lah di utarakan untuk dicari jalan penyelesaiannya.....

InsyaAllah rawatan ini suci dan halal, semulajadi, saintifik, selamat, sunnatullah & sinergistik.

Tujuannya hanyalah untuk membantu menyihatkan badan tanpa menggunakan dadah yang bahaya dan membuatnya untuk menikmati hidup dengan sebaik-baiknya dan akhirnya menjadi hamba yang dapat melakukan segala tuntutan Khaliqnya & mensyukuri segala pemberian yang telah diperolehi dalam sepanjang perjalanan hidupnya.