Selamat Datang

Diri anda amat berharga sekali. Allah ciptakan semua yang ada pada diri anda sebagai amanah yang tidak ada tukar gantinya khusus untuk melaksanakan tugas menjadi Khalifah di muka bumi ini. Jagalah ia dengan baik kerana ia akan menjadi saksi di akhirat kelak.....

Thursday, December 24, 2009

Dari Singaapura membawa kaki yang bengkak & sakit..

Di antara pengunjung & pesakit yang datang mendapatkan rawatan di Daya Alami ialah Cik Yah dari Singapura. Beliau di temani anak perempuannya , Nor seorang pegawai polis di Melaka & suami Cik Yah yang sudah berumur 66 tahun.

Kakinya sudah lapan tahun bengkak & dia mengadu susah untuk bergerak. Sudah lama mengambil ubat dari hospital tapi masaalahnya hingga kini tidak juga berkurang. Selain dari itu beliau juga mempunyai kencing manis & kolestrol yang tinggi.

Setelah memeriksa kakinya saya dapati beliau mengidap varicose veins...dimana urat hijau dibetis & bawah pelikatnya timbul & menggeretol. Beliau selalu mengurutnya tapi sakitnya makin bertambah.

Saya mencadangkan untuk dibekam bahagian buah pinggang, punggung & peha serta betisnya untuk mengeluarkan darah kotor & mencantikkan pengaliran darahnya semula....

Di samping itu buat refleksologi aurashifa' & mencadangkannya untuk mengambil makanan sempurna Spirulina cecair setiap hari selama sebulan pagi & petang disamping ubat Homeopati.

Setelah seminggu beliau memberitahu saya sakitnya ada berkurangan. Saya mencadangkan kepada nya untuk membuat bekam susulan setiap bulan untuk mengurangkan lagi penderitaannya..

Jika diizin Allah bengkaknya akan berkurangan & kolestrol serta kencing manisnya juga akan turun.