Selamat Datang

Diri anda amat berharga sekali. Allah ciptakan semua yang ada pada diri anda sebagai amanah yang tidak ada tukar gantinya khusus untuk melaksanakan tugas menjadi Khalifah di muka bumi ini. Jagalah ia dengan baik kerana ia akan menjadi saksi di akhirat kelak.....

Friday, September 24, 2010

Dalam Pantang...Makanan Untuk Ibu Yang Melahirkan Anak

Salam Kesejahteraan & Kesehatan...

Anak saya yang sulong, Hannani Ruwaidiyah, baru melahirkan anaknya yang pertama dan merupakan cucu sulong saya, lahir pada 18.08.2010 bersamaan 8 Ramadhan yang lalu di hospital Putrajaya. Sangat bersyukur kerana kelahiran yang normal dan kedua2 ibu & anak sehat. Tambah  bersyukur kerana di hospital ini hanya susu ibu dibenarkan dan susu lembu yang biasa di beri kepada bayi di haramkan. Begitu juga dengan puting ...diharamkan dari digunakan di sini. Selain daripada itu hospital ini memberi peluang untuk rawatan tradisional Cina, dan urut tradisional...satu perubahan yang pada hemat saya sangat baik bagi perkembangan perubatan nature.

Selepas disahkan bahawa bayi yang dilahirkan sehat oleh doktor, kami membawa ibu & anak pulang ke Melaka untuk menghabiskan masa dalam pantang bersama kami & di dalam jagaan saya.

Saya berharap agar beberapa minggu bersama saya,saya dapat memberi yang terbaik untuk mereka dan nanti ibu muda ini akan dapat menurunkan ilmunya kepada anak2nya pula.

Ketika saya melahirkan anak yang pertama dulu, saya dipaksa untuk mengamal beberapa cara pantang orang Melayu yang saya sama sekali tidak berapa setuju berdasarkan ilmu peruabatan naturopati yang saya pelajari. Walau pun begitu ada juga beberapa aspek yang saya boleh terima pakai.

Dalam waktu pantang, orang Melayu tidak membenarkan landsung si ibu memakan sayur2an yang berzat dan berkhasiat kerana makanan ini sejuk dan boleh mengakibatkan ibu jadi tidak sehat. Akibatnya kebanyakan ibu2 akan mengalami kesukaran untuk membuang air besar kerana kekurangan serat dalam makanan mereka.

Untuk protin mereka tidak dibenarkan  makan ikan, daging atau ayam kerana khuatir ini akan mengakibatkan luka2 dalaman tidak sembuh & luka itu akan menjadi septik & bernanah. Yang mereka makan hanyalah ikan kering atau ikan bilis goreng bersama lada hitam yang di tumbuk.

Mereka juga tidak dibenarkan minum air yang banyak kerana khuatir ibu2 akan mempunyai kadar air yang tinggi dalam badan mereka. Tiada susu segar untuk kalsium & galian... juga tiada vitamin & supplemen tambahan.

Penawar yang diberi hanya lah akar kayu rebusan atau jamu2 pilihan...

Saya perhatikan wanita2 di kampung rata2 mereka yang mengamalkan pantang ini, apabila menjangkau umur limapuluhan akan mengalami berbagai2 penyakit seperti migrain yang teruk, sakit dalam perut, anaemia & gastrik, ulce, ketumbuhan, beguk, tonsils dan berbagai2 masalah kesihatan lagi. Bagi saya pantang yang diamalkan tidak menjamin kesihatan yang berpanjangan hingga ke hari tua.


Bagi saya dalam pantang bukan bermakna kita tidak boleh makan serba serbi. Bahkan kita mesti membekalkan diri kita untuk sehat dengan pemakanan yang baik untuk kesihatan anak dan ibu. Apatah lagi ibu baru sahaja mengandung sembilan bulan, melalui masa ya g sangat sulit dan getir waktu melahirkan anaknya, kemudian menyusukan anaknya lagi hingga tempoh yang panjang se panjang dua tahun.

Wajarlah bagi saya ibu2 ini mendapat makanan yang berkhasiat yang disediakan dengan cara yang sehat dan membantu ibu2 mengembalikan segala zat dan tenaga yang telah hilang akibat mengandung, melahirkan dan menyusukan bayinya. Semua ini hanya boleh dikembalikan dengan pemakanan yang sehat lagi menyehatkan.

Saya terkeneng Tok ki saya, seorang ahli parlimen yang pertama bagi daerah Kuala Lipis Pahang, yang sangat berwawasan dan sangat prihatin tentang kesehatan ibu sebegini. Ibu saya, mengikut ceritanya, dimasakkan sup ayam berherba di hari pertama selepas melahirkan saya.

Saya sangat percaya bahawa ibu2 mesti di beri pemakan yang berzat dan menyehatkan.

Inilah cara saya.

Karbohidrat :
Yang di galakkan :
1. Beras - mestilah beras perang yang organik
2. Roti Atau tepung wholemeal
3. Capati atau Roti Mexico berprotin tinggi
4. Ubi kentang

Yang mesti dihindarkan :
1. Ubi keledek & ubi2 lain

Protin :
Yang mesti :
1. Ikan isi puti : Makarel, tenggiri, jenahak, ikan  merah, salmon ( jika mampu), kerapu, siakap.
2. Daging isi putih : ayam & puyuh
3. Tempe & tahu/pucuk

Yang mesti dihindarkan :
1. Daging merah : lembu, kambing, biri2
2. Telur
3. Makanan Laut

Sayur sayuran :

Yang digalakkan :
1. Sawi, brokoli, bunga kobis, kobis, karot, tomatoes, asparagus, peria, daun salad, terung, bayam, kacang buncis.kapsikum, pucuk2 ulam

Yang mesti dihindarkan :
Petai, timun, pucuk paku, jering, kacang panjang

Herba :

Yang mesti :
 pegaga, mas cotek, chlorofil ( alfalfa), pudina, sireh,, kinyit, halia, lengkuas, lempoyang,

Yang dihindarkan : herba2 pahit kerana akan memberi kesan pahit kepada susu ibu.

Buah2an:
 Apple, Pear, Anggur, Jambu Batu, Delima, Mangga, Pisang Berangan, Kurma, 

Minuman :
Susu + coklat atau buah2 yang diblend
Air jus buah2an, madu atau jus herba
Yoghurt atau soya

elakkan : Kopi, neskafi

Penawar & Ubat :

Penawar mengecutkan rahim : Mas Cotek , Gamat, Spirulina. Royal jelly
Untuk membuang toksin & membersihkan darah serta usus ( mudah buang air besar ) : alfalfa
Pemakan Tambahan ; Madu, Spirulina, Royal Jally, Propolis, Bee pollen, minyak ikan, evening Primrose oil, Vitamin C, Ubat homeopati


Cara Masakan :
1. Kukus
2. Rebus
3. Celur
4. Bakar dalam oven
5. Grill
6. Makan segar seperti ulam/salad barat

Elakkan : Tumis & goreng, Lemak & santan ( untuk mudah turunkan berat badan )
Tukarkan santan kepada susu atau yogurt.

Cadangan resipi :

Sarapan : 
Cereal, Roti Bakar, Sandwiches ikan/ayam/sayur/keju, Roti & sup cendawan,ayam Capati & dhal,

Minum Pagi :
Susu + Biskut wholemeal

Makan Tengahari : 
Nasi Beras Perang, Roti Wholemeal,
Protin : Ikan/Ayam yang dibakar/kukus/rebus/grill seperti ikan masak singgang atau di buat sup
Sayur : salad, sup, kerabu
Sambal : Pudina, lada hitam & Halia, Sambal Tomato

Minum Petang :
Susu + Kuih yang tiada telur atau santan seperti kuih lompang, apam, lempeng, biskut wholemeal, scones, biskut tawar dsbn...

Makan Malam : ( Ringan)
Bee hoon Sup, soto, Roti & Sup, Rojak sayur & Tempe, Spagheti & kuah...makaroni etc...

Walaupun dalam pantang kita masih boleh menikmati makanan yang sehat, segar, menyelerakan & berkhasiat.

Semoga panduan ini dapat membantu melahirkan anak2 yang sehat dan berkualiti..