Selamat Datang

Diri anda amat berharga sekali. Allah ciptakan semua yang ada pada diri anda sebagai amanah yang tidak ada tukar gantinya khusus untuk melaksanakan tugas menjadi Khalifah di muka bumi ini. Jagalah ia dengan baik kerana ia akan menjadi saksi di akhirat kelak.....

Tuesday, January 26, 2010

Pantai yang Damai .......dapat memulihkan jiwa yang resah...





Apabila memandang panaroma yang bagini rasa jiwa menjadi amat tenang dan damai sekali. Terbayang desiran ombak memukul pantai ..pasir yang bersih dan pokok hijau yang meredup mata siapa sahaja yang memandang.

Aduhai.......Inilah ciptaan Allah yang sungguh indah dipandang mata. Allah telah mencipta pantai sebegini untuk memulihkan jiwa manusia yang sentiasa penuh dengan keresahan dan masaalah.

Sebab itu dihujung minggu kita akan melihat berbondong bondong manusia yang akan memenuhi tepian pantai,...... berkelah, bermain sukan air, duduk berseorangan atau berkumpulan, bersantai menenangkan fikiran.

Pantai dan segala yang terdapat di sekitarnya memang boleh membantu merawat jiwa manusia. Ombak yang datang dan pergi membawa tenaga yang amat bermanfaat untuk manusia.

Jika kita duduk berhadapan dengan pantai,  ombak yang memukul kaki kita memberi tenaga positif untuk tubuh manusia sedang apabila ia pergi semula ke laut ia membawa segala tenaga negatif yang ada pada tubuh kita.

Bunyi desiran ombak yang kita dengar pula yang seakan akan mendayu menghempas pantai mempunyai getaran dan gelombang yang juga amat sesuai dengan gelombang yang berada di sekeliling tubuh manusia. Ia dapat membetulkan semula gelombang tubuh supaya berfungsi dengan lebih sempurna lagi.

Sedang warna hijau laut yang kebiru-biruan pula dapat menyejukkan jiwa dan bergetar dengan gelombang yang ada dijantung yang berkait rapat dengan degupan jantung , aliran darah dan emosi manusia.

Berada di pantai amat sesuai dengan pesakit yang mempunyai masaalah tekanan jiwa disebabkan kerana kesepian, kerinduan atau masalah depresi atau murung yang mendalam dek kerana ditinggalkan kekasih. atau apa saja...

Berada di pantai membawa manusia rapat dengan Penciptanya kerana jika manusia memikir dengan lebih dalam lagi sedalam air lautan yang di hadapannya dia akan merasakan kehebatan Allah dan kekerdilan dirinya dan bahawa dia seharusnya membawa kembali permasalahan jiwanya kepada Allah ,,berbicara dengan Nya dan kembali menyerahkan dirinya sepenuhnya kepada Allah azzawajalla..

Begitu lah Allah membantu manusia merawat diri mereka sendiri.....dan DIA lah Penyembuh segala penyakit........

Friday, January 22, 2010

Bunga Ros ...


Bunga Ros adalah bunga yang wangi dan mempunyai berbagai spesi dan warna. Hanya kerana nama ku bermula dengan Ros tidak bermakna rumah ku penuh dengan tanaman bunga ros walaupun aku sangat suka dengan bunga ros yang harum itu sebagaimana sukanya arwah ibu ku menanam ros.

Aku hanya ada tiga jenis bunga ros yang masih hidup.

Satu bunga ros butang yang di hadiahkan kepada ku oleh Toh Puan Sri Hamidah isteri Tun Haniff , bekas ketua Polis Negara yang tinggal di USJ 12, Subang Jaya, Selangor.

Aku mengenalinya kerana dia berasal dari  Kuala Lipis, Pahang dan sangat sangat mengenali arwah ibu ku.
Aku bertemu dengan nya di majlis perkahwinan anak Dato' Sabaruddin Chik di Hotel Palace of The Golden Horses. Kami dijemput ke majlis itu kerana suami ku menjadi ahli jawatan kuasa Persatuan Anak-anak Pahang di ibu kota.

Ketika menziarahinya pada tahun 2004 dulu kerana memperkenalkan kepadanya spirulina cecair, aku terpukau dengan tanaman bunga2 di sekitar rumahnya...penuh dengan bunga ros berbagai jenis

Bunga rosnya hidup subur mudah sahaja mengikut Toh Puan...hanya perlu gemburkan tanahnya, bubuh baja, siram air, matahari dan puji2an dan kasih sayang....wah....

Satu lagi bunga ros ku berwarna jingga, berlapis-lapis dan sangat harum. Sementara satu lagi berwarna merah tua dihadiahkan kepada ku oleh seorang rakan kongsi klinik Rawatan Alternatif Puteri Hayati di Bandar Baru Ampang....Puan Jaliah...

Dalam masyarakat kita air bunga ros digunakan untuk berbagai-bagai tujuan. Untuk masak nasi beriani, untuk wangikan air sirap, juga untuk siraman di atas kubur...juga di renjis di dalam bunga rampai dan untuk renjisan kedua pengantin baru ketika  bersanding..

Dalam aromaterapi bunga yang wangi ini di gunakan untuk mandi bunga untuk mengembalikan kesegaran badan.

Sebenarnya kelopak bunga ros boleh di makan...orang-orang barat mencampurkannya dalan hidangan salad mereka. Ada juga yang membuat kajian dan mendapati ia boleh membantu menyembuh kanser..wallahualam...

Minyaknya pula dijadikan minyak wangi dan bahan utama dalam bahan persolekan.

Aku bertekad untuk menambah koleksi bunga ros ku di masa akan datang......kalau begitu aku kena kerap lagi menziarahi nurseri di Sungai Buloh...mmmmm....naik tinggi lah kening suami ku .....

Semoga bertambah harum lah lagi dunia ku dengan bunga ros ini....

Jiran Ku Aya......Aura Keikhlasan, Kencing Manis dan Spirulina Cecair


Assalamualaikum,

Aku selalu teringatkannya. Dia adalah jiran yang sangat mengambil berat terhadap kami sekeluarga sewaktu kami menyewa di Taman Tasek Utama, Ayer Keroh.

Apabila kami berpergian ke Kuala Lumpur atau ke mana mana pun mereka dengan rela hati menjaga rumah kami...menyiram pokok bunga, memasanag lampu garaj waktu malam tanpa kami perlu menyuruh atau mengingatkan mereka.

3 tahun berjiran, mereka menganggap kami seperti keluarga mereka. Jika memasak masakan apa pun sepinggan untuk mereka dan sepinggang lagi mesti dihantar untuk kami.

Anak mereka hanya ada 3 orang. Dua orang lelaki dan yang perempuan adalah anak yang bongsu. Anak-anak mereka pun sungguh berbudi bahasa dan pandai menghurmati dan mengambil hati orang yang lebih tua.

Jiran yang baik adalah rezeki dari Allah swt kata ayahnda ku. Memang susah untuk mendapat jiran sebegitu. Sudah bertahun kami duduk di Subang Jaya, Selangor tapi tak pernah mendapat jiran seperti itu.

Dari mula aku mengenali Aya dan Hashim, mereka sudah mengistiharkan bahawa kami lah kakak dan abang mereka dunia dan akhirat. Tak tahu apa yang membuat mereka rasa begitu.

Kami pun merasakan keikhlasan hati mereka. Ia bukan boleh dibuat buat. Aura keikhlasan terasa ke hati dan tidak boleh dilakonkan untuk tujuan yang tertentu. Setiap masaalah mereka, mereka akan kongsi dengan kami dan selalu meminta pandangan kami untuk penyelesaiannya.

Setelah kami berpindah ke Taman yang baru mereka tidak pernah henti henti menziarah kami dan seringkali bertanya khabar dan sangat mengambil berat. Buah tangan tidak pernah berhenti dihulurkan.

Benarlah kata Rasullullah saw bahawa keikhlasan sejati dan buah tangan mengeratkan lagi silaturrahim antara sesama Muslim. Memang jarang pun kami menerima buah tangan dan mereka lah yang paliang banyak memberi...

Sudah bertahun Aya mengidap penyakit kencing manis. Setiap 4 bulan dia akan pergi ke klinik kerajaan untuk membuat pemeriksaan darah dan ayer kencingnya. Keputusannya tetap sama. Kadar gula dalam darahnya tidak pernah turun dari 14 atau 15 ke bawah 10.

Ubat yang di beri oleh doktor yang merawatnya di klinik itu dimakan tanpa jemu namun tetap kadar gulanya tidak berubah.

Dia amat kuat berpantang tetapi bila kadar gula tidak turun maka dia mengambil keputusan untuk tak mahu berpantang. Semua dibedalnya kerana pantang pun sama sahaja katanya.

Dia menziarahku tiga hari yang lepas kerana tangannya sakit dan meminta aku buat Aurashifa' dan mengurutnya supaya kurang sakitnya.

Ketika datang dia batuk tak berhenti-henti. Sudah hampir setahun batuknya tak berhenti. Disamping itu dia sentiasa rasa haus dan penat seperti kebanyakan pengidap sakit kencing manis yang lain.... harus bangun 2 atau 3 kali setiap malam untuk buang air kecil.

Aku mencadangkan agar dia mula makan spirulina cecair. Setelah menceritakan khasiat spirulina mereka bersetuju memulakan rawatan dengan spirulina.

Dua hari berikutnya mereka datang ke Daya Alami dan memberitahu bahawa dia tidak lagi kencing malam. Buat pertama kalinya dia tidur dengan nyenyak sehingga subuh. Batuknya juga berhenti dan rasa hausnya teus hilang.

MasyaAllah...begitu hebat spiru;ina cecaair ini...Allah sahajalah yang tahu....Semoga kencing manisnya juga akan sembuh...ameen ya Rabbal alamin..

Thursday, January 14, 2010

Khasiat Buah Anggur Untuk Kesihatan


Anggur telah ditanam dan dimakan oleh manusia sejak zaman berzaman lagi. Mengikut sejarah, Nabi Nuh as menanam dan makan anggur. Ini disebut didalam kitab yang ditulis oleh Hisham Tahlbah dalam kitabnya yang berjudul Al ijaz' al ilmi fil quran wal sunnah ( Ensaiklopedia Mukjizat AlQuran dan Hadith ).

Buah anggur ini disebut lebih kurang 14 kali di dalam AlQuran.

" Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan itu tanaman tanaman; zaitu, kurma, anggur dan segala macam buah buahan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar benar ada tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang memikirkan. ( Surah AnNahlu : Ayat 11 )

Menurut Ibn Qayyim, anggur merupakan salah satu buah di antara banyak buah, salah satu makanan di antara banyak makanan, salah satu minuman di antara banyak minuman dan salah satu ubat di antara banyak ubat....

Di dalam spirulina cecair yang Daya Alami syorkan, ada perisa anggur yang asli tanpa bahan pengawet, pewarna dan perasa tiruan. 

Anggur...buah ciptaan Allah yang sungguh lazat, manis dan berkhasiat. Ada anggur hijau, anggur merah, anggur warna ungu dan hitam. Ada yang berbiji dan tidak berbiji...ada yang manis dan ada yang masam.....

Buah anggur selalunya dikaitkan dengan makanan orang yang berada dan berkemampuan... mungkin kerana ia merupakan buah yang di import dan mahal harganya berbanding dengan buah lain.

Di zaman Barat Kuno, buah anggur di kenali sebagai " Nectar of the Gods "......madu Dewa dewa.

Di negeri Barat buah anggur bukan hanya ditanam untuk buahnya sahaja tapi juga sebagai bahan penting untuk dijadikan arak sebagai minuman yang amat digemari oleh orang2 kafir...Sebotol arak boleh sahaja mencecah ribuan ringgit mengikut tahap fermentasinya dan kualitnya...Di dalam Islam arak diharamkan kerana ia boleh memabukkan dan menghilangkan kemampuan untuk berfikir dengan waras dan bertindak dengan betul.  Sedang Islam amat tmenitikberatkan kewarasan fikiran sebagai asas dalam semua amalan yang akan dilakukan oleh orang orang Islam Oleh kerana itu jus anggur  mesti di minum terus selepas diperah kerana khuatir ia akan bertukar menjadi jika disimpan lama.

Mengikut kajian yang dilakukan oleh Dr. David Sinclair dari Harvard Medical School, Boston,  Amerika, didapati bahawa anggur mempunyai reservstrol yang mampu memanjangkan usia manusia kerana kesannya terhadap sel darah merah.

Mengikut kajian itu, anggur dapat membina sel darah merah dan dapat menjadi sumber tenaga yang cepat dan mudah serap ke dalam sistem tubuh.

Ia dapat merawat dan membantu masaalah sembelit, gout, kulit, hati dan rieumatism. Ia juga merupakan buah yang beralkali tinggi dan oleh kerana itu dapat mengurangkan asid dalam tubuh yang menjadi punca semua penyakit. Ini menjadikan ia faktor pembersih darah yang ideal dan dapat meringankan beban kerja yang dilakukan oleh buah pinggang.

Kajian mendapati anggur dapat menjadi anti virus yang berkesan dalam banyak penyakit yang dikaitkan dengan virus seperti polia, herpes, H1N1 dan lain2.

Disamping itu ia mengurangkan kepekatan darah merah dan membebaskan darah mereh daripada 'clotting' atau membeku. Ini dapat membantu penyakit2 seperti sakit jantung yang tersumbat , kolestrol dan darah tinggi.

Untuk pesakit migren amat baik sekali. Jusnya diperah dan diinmum tanpa dicampur air setiap pagi sebelum sarapan.

Ia juga sangat bagus untuk sistem penghadaman khusus bagi mereka yang mempunyai masaalah angin dan gastrik

Oleh kerana anggur mempunyai iron atau zat besi yang tinggi maka ia sangat baik untuk menambah tenaga bagi mereka yang selalu keletihan.

Kajian juga menunjukkan bahawa annggur dapat membantu pesakit kanser payudara. Kajian ke atas tikus menunjukkan bahawa tumor/ketumbuhan di payudara mengecut setelah anggur di beri sebagai makanan mereka dalam bentuk jus.

Dapat membantu pesakit Alzheimier di dalam memulih kembali saraf-saraf otak yang membuat mereka hilang daya koordinasi dan ingatan.

Bertambah gelap warna anggur bertambah banyak dan kuat anti-oxidant yang ada didalamnya untuk melawan penyakit..

Yang paling menarik semua ini telah disebut oleh Tahlbah di dalam kitabnya. Bahkan beliau menambah lagi bahawa anggur dapat membantu sistem pernafasan, menurun panas dalam badan dan menyembuhkan batuk dan selsema.

Bukan itu sahaja bahkan dapat membantu penyakit buwasir, batau karang dan batu di dalam hempedu. Ia juga dapat menghentikan pendarahan dari terus menerus mengalir keluar dan mengakibat kematian kerana kehabisan darah.

Ibnu Baitar seorang ahli Botani di zaman kegemilangan empayar Islam di Andulusia mengatakan bahawa anggur dapat menguatkan tenaga batin dan meningkatkan libido manusia.( daya tahan seks). Juga sangat baik bagi yang ingin menurunkan berat badan.

Kandungan nutrisinya seperti di bawah ini :

1. Vitamin A  : 80 I.U
2. Vitamin B : Thiamine .06mg
3. Vitamin C : 4 mg
4. Phosphorous : 21 mg
5. Calcium : 17 mg
6. Protin : 1.4 gm
7. Carbohydrates : 14.9gm
8. Lemak : 1.4 gm
9. Kalori  : 70

Tahlbah menyatakan bahawa biji anggur pula mempunyai khasiat yang sungguh banyak sekali. Daripada biji ini minyak yang diperah dapat merawat dan mencernakan hati dan limpa

Selain memakan buahnya yang segar, buah kismis yang dikeringkan dari buah anggur dapat membantu meningkat daya ingatan dan tenaga untuk menghafal dan daya tumpuan (fokus )

Allah berfirman :
" Lalu Kami tumbuhkan biji bijian, anggur,dan sayur sayuran, zaitun dan kurma (di bumi itu )." Surah Abasa Ayat 27 - 29.

Anggur mempunyai Vitamin B compleks yang sangat penting untuk perlindungan urat urat tubuh. Serta Vitamin C untuk meningkat daya pertahanan tubuh supaya tidak mudah dijangkiti virus.

Ini lah dia anggur ciptaan Allah. Bersegeralah mengamalkannya demi kesihatan yang berpanjangan.