Selamat Datang

Diri anda amat berharga sekali. Allah ciptakan semua yang ada pada diri anda sebagai amanah yang tidak ada tukar gantinya khusus untuk melaksanakan tugas menjadi Khalifah di muka bumi ini. Jagalah ia dengan baik kerana ia akan menjadi saksi di akhirat kelak.....

Thursday, January 14, 2010

Khasiat Buah Anggur Untuk Kesihatan


Anggur telah ditanam dan dimakan oleh manusia sejak zaman berzaman lagi. Mengikut sejarah, Nabi Nuh as menanam dan makan anggur. Ini disebut didalam kitab yang ditulis oleh Hisham Tahlbah dalam kitabnya yang berjudul Al ijaz' al ilmi fil quran wal sunnah ( Ensaiklopedia Mukjizat AlQuran dan Hadith ).

Buah anggur ini disebut lebih kurang 14 kali di dalam AlQuran.

" Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan itu tanaman tanaman; zaitu, kurma, anggur dan segala macam buah buahan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar benar ada tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang memikirkan. ( Surah AnNahlu : Ayat 11 )

Menurut Ibn Qayyim, anggur merupakan salah satu buah di antara banyak buah, salah satu makanan di antara banyak makanan, salah satu minuman di antara banyak minuman dan salah satu ubat di antara banyak ubat....

Di dalam spirulina cecair yang Daya Alami syorkan, ada perisa anggur yang asli tanpa bahan pengawet, pewarna dan perasa tiruan. 

Anggur...buah ciptaan Allah yang sungguh lazat, manis dan berkhasiat. Ada anggur hijau, anggur merah, anggur warna ungu dan hitam. Ada yang berbiji dan tidak berbiji...ada yang manis dan ada yang masam.....

Buah anggur selalunya dikaitkan dengan makanan orang yang berada dan berkemampuan... mungkin kerana ia merupakan buah yang di import dan mahal harganya berbanding dengan buah lain.

Di zaman Barat Kuno, buah anggur di kenali sebagai " Nectar of the Gods "......madu Dewa dewa.

Di negeri Barat buah anggur bukan hanya ditanam untuk buahnya sahaja tapi juga sebagai bahan penting untuk dijadikan arak sebagai minuman yang amat digemari oleh orang2 kafir...Sebotol arak boleh sahaja mencecah ribuan ringgit mengikut tahap fermentasinya dan kualitnya...Di dalam Islam arak diharamkan kerana ia boleh memabukkan dan menghilangkan kemampuan untuk berfikir dengan waras dan bertindak dengan betul.  Sedang Islam amat tmenitikberatkan kewarasan fikiran sebagai asas dalam semua amalan yang akan dilakukan oleh orang orang Islam Oleh kerana itu jus anggur  mesti di minum terus selepas diperah kerana khuatir ia akan bertukar menjadi jika disimpan lama.

Mengikut kajian yang dilakukan oleh Dr. David Sinclair dari Harvard Medical School, Boston,  Amerika, didapati bahawa anggur mempunyai reservstrol yang mampu memanjangkan usia manusia kerana kesannya terhadap sel darah merah.

Mengikut kajian itu, anggur dapat membina sel darah merah dan dapat menjadi sumber tenaga yang cepat dan mudah serap ke dalam sistem tubuh.

Ia dapat merawat dan membantu masaalah sembelit, gout, kulit, hati dan rieumatism. Ia juga merupakan buah yang beralkali tinggi dan oleh kerana itu dapat mengurangkan asid dalam tubuh yang menjadi punca semua penyakit. Ini menjadikan ia faktor pembersih darah yang ideal dan dapat meringankan beban kerja yang dilakukan oleh buah pinggang.

Kajian mendapati anggur dapat menjadi anti virus yang berkesan dalam banyak penyakit yang dikaitkan dengan virus seperti polia, herpes, H1N1 dan lain2.

Disamping itu ia mengurangkan kepekatan darah merah dan membebaskan darah mereh daripada 'clotting' atau membeku. Ini dapat membantu penyakit2 seperti sakit jantung yang tersumbat , kolestrol dan darah tinggi.

Untuk pesakit migren amat baik sekali. Jusnya diperah dan diinmum tanpa dicampur air setiap pagi sebelum sarapan.

Ia juga sangat bagus untuk sistem penghadaman khusus bagi mereka yang mempunyai masaalah angin dan gastrik

Oleh kerana anggur mempunyai iron atau zat besi yang tinggi maka ia sangat baik untuk menambah tenaga bagi mereka yang selalu keletihan.

Kajian juga menunjukkan bahawa annggur dapat membantu pesakit kanser payudara. Kajian ke atas tikus menunjukkan bahawa tumor/ketumbuhan di payudara mengecut setelah anggur di beri sebagai makanan mereka dalam bentuk jus.

Dapat membantu pesakit Alzheimier di dalam memulih kembali saraf-saraf otak yang membuat mereka hilang daya koordinasi dan ingatan.

Bertambah gelap warna anggur bertambah banyak dan kuat anti-oxidant yang ada didalamnya untuk melawan penyakit..

Yang paling menarik semua ini telah disebut oleh Tahlbah di dalam kitabnya. Bahkan beliau menambah lagi bahawa anggur dapat membantu sistem pernafasan, menurun panas dalam badan dan menyembuhkan batuk dan selsema.

Bukan itu sahaja bahkan dapat membantu penyakit buwasir, batau karang dan batu di dalam hempedu. Ia juga dapat menghentikan pendarahan dari terus menerus mengalir keluar dan mengakibat kematian kerana kehabisan darah.

Ibnu Baitar seorang ahli Botani di zaman kegemilangan empayar Islam di Andulusia mengatakan bahawa anggur dapat menguatkan tenaga batin dan meningkatkan libido manusia.( daya tahan seks). Juga sangat baik bagi yang ingin menurunkan berat badan.

Kandungan nutrisinya seperti di bawah ini :

1. Vitamin A  : 80 I.U
2. Vitamin B : Thiamine .06mg
3. Vitamin C : 4 mg
4. Phosphorous : 21 mg
5. Calcium : 17 mg
6. Protin : 1.4 gm
7. Carbohydrates : 14.9gm
8. Lemak : 1.4 gm
9. Kalori  : 70

Tahlbah menyatakan bahawa biji anggur pula mempunyai khasiat yang sungguh banyak sekali. Daripada biji ini minyak yang diperah dapat merawat dan mencernakan hati dan limpa

Selain memakan buahnya yang segar, buah kismis yang dikeringkan dari buah anggur dapat membantu meningkat daya ingatan dan tenaga untuk menghafal dan daya tumpuan (fokus )

Allah berfirman :
" Lalu Kami tumbuhkan biji bijian, anggur,dan sayur sayuran, zaitun dan kurma (di bumi itu )." Surah Abasa Ayat 27 - 29.

Anggur mempunyai Vitamin B compleks yang sangat penting untuk perlindungan urat urat tubuh. Serta Vitamin C untuk meningkat daya pertahanan tubuh supaya tidak mudah dijangkiti virus.

Ini lah dia anggur ciptaan Allah. Bersegeralah mengamalkannya demi kesihatan yang berpanjangan.

No comments:

Post a Comment