Selamat Datang

Diri anda amat berharga sekali. Allah ciptakan semua yang ada pada diri anda sebagai amanah yang tidak ada tukar gantinya khusus untuk melaksanakan tugas menjadi Khalifah di muka bumi ini. Jagalah ia dengan baik kerana ia akan menjadi saksi di akhirat kelak.....

Tuesday, January 26, 2010

Pantai yang Damai .......dapat memulihkan jiwa yang resah...





Apabila memandang panaroma yang bagini rasa jiwa menjadi amat tenang dan damai sekali. Terbayang desiran ombak memukul pantai ..pasir yang bersih dan pokok hijau yang meredup mata siapa sahaja yang memandang.

Aduhai.......Inilah ciptaan Allah yang sungguh indah dipandang mata. Allah telah mencipta pantai sebegini untuk memulihkan jiwa manusia yang sentiasa penuh dengan keresahan dan masaalah.

Sebab itu dihujung minggu kita akan melihat berbondong bondong manusia yang akan memenuhi tepian pantai,...... berkelah, bermain sukan air, duduk berseorangan atau berkumpulan, bersantai menenangkan fikiran.

Pantai dan segala yang terdapat di sekitarnya memang boleh membantu merawat jiwa manusia. Ombak yang datang dan pergi membawa tenaga yang amat bermanfaat untuk manusia.

Jika kita duduk berhadapan dengan pantai,  ombak yang memukul kaki kita memberi tenaga positif untuk tubuh manusia sedang apabila ia pergi semula ke laut ia membawa segala tenaga negatif yang ada pada tubuh kita.

Bunyi desiran ombak yang kita dengar pula yang seakan akan mendayu menghempas pantai mempunyai getaran dan gelombang yang juga amat sesuai dengan gelombang yang berada di sekeliling tubuh manusia. Ia dapat membetulkan semula gelombang tubuh supaya berfungsi dengan lebih sempurna lagi.

Sedang warna hijau laut yang kebiru-biruan pula dapat menyejukkan jiwa dan bergetar dengan gelombang yang ada dijantung yang berkait rapat dengan degupan jantung , aliran darah dan emosi manusia.

Berada di pantai amat sesuai dengan pesakit yang mempunyai masaalah tekanan jiwa disebabkan kerana kesepian, kerinduan atau masalah depresi atau murung yang mendalam dek kerana ditinggalkan kekasih. atau apa saja...

Berada di pantai membawa manusia rapat dengan Penciptanya kerana jika manusia memikir dengan lebih dalam lagi sedalam air lautan yang di hadapannya dia akan merasakan kehebatan Allah dan kekerdilan dirinya dan bahawa dia seharusnya membawa kembali permasalahan jiwanya kepada Allah ,,berbicara dengan Nya dan kembali menyerahkan dirinya sepenuhnya kepada Allah azzawajalla..

Begitu lah Allah membantu manusia merawat diri mereka sendiri.....dan DIA lah Penyembuh segala penyakit........

No comments:

Post a Comment