Selamat Datang

Diri anda amat berharga sekali. Allah ciptakan semua yang ada pada diri anda sebagai amanah yang tidak ada tukar gantinya khusus untuk melaksanakan tugas menjadi Khalifah di muka bumi ini. Jagalah ia dengan baik kerana ia akan menjadi saksi di akhirat kelak.....

Friday, January 22, 2010

Bunga Ros ...


Bunga Ros adalah bunga yang wangi dan mempunyai berbagai spesi dan warna. Hanya kerana nama ku bermula dengan Ros tidak bermakna rumah ku penuh dengan tanaman bunga ros walaupun aku sangat suka dengan bunga ros yang harum itu sebagaimana sukanya arwah ibu ku menanam ros.

Aku hanya ada tiga jenis bunga ros yang masih hidup.

Satu bunga ros butang yang di hadiahkan kepada ku oleh Toh Puan Sri Hamidah isteri Tun Haniff , bekas ketua Polis Negara yang tinggal di USJ 12, Subang Jaya, Selangor.

Aku mengenalinya kerana dia berasal dari  Kuala Lipis, Pahang dan sangat sangat mengenali arwah ibu ku.
Aku bertemu dengan nya di majlis perkahwinan anak Dato' Sabaruddin Chik di Hotel Palace of The Golden Horses. Kami dijemput ke majlis itu kerana suami ku menjadi ahli jawatan kuasa Persatuan Anak-anak Pahang di ibu kota.

Ketika menziarahinya pada tahun 2004 dulu kerana memperkenalkan kepadanya spirulina cecair, aku terpukau dengan tanaman bunga2 di sekitar rumahnya...penuh dengan bunga ros berbagai jenis

Bunga rosnya hidup subur mudah sahaja mengikut Toh Puan...hanya perlu gemburkan tanahnya, bubuh baja, siram air, matahari dan puji2an dan kasih sayang....wah....

Satu lagi bunga ros ku berwarna jingga, berlapis-lapis dan sangat harum. Sementara satu lagi berwarna merah tua dihadiahkan kepada ku oleh seorang rakan kongsi klinik Rawatan Alternatif Puteri Hayati di Bandar Baru Ampang....Puan Jaliah...

Dalam masyarakat kita air bunga ros digunakan untuk berbagai-bagai tujuan. Untuk masak nasi beriani, untuk wangikan air sirap, juga untuk siraman di atas kubur...juga di renjis di dalam bunga rampai dan untuk renjisan kedua pengantin baru ketika  bersanding..

Dalam aromaterapi bunga yang wangi ini di gunakan untuk mandi bunga untuk mengembalikan kesegaran badan.

Sebenarnya kelopak bunga ros boleh di makan...orang-orang barat mencampurkannya dalan hidangan salad mereka. Ada juga yang membuat kajian dan mendapati ia boleh membantu menyembuh kanser..wallahualam...

Minyaknya pula dijadikan minyak wangi dan bahan utama dalam bahan persolekan.

Aku bertekad untuk menambah koleksi bunga ros ku di masa akan datang......kalau begitu aku kena kerap lagi menziarahi nurseri di Sungai Buloh...mmmmm....naik tinggi lah kening suami ku .....

Semoga bertambah harum lah lagi dunia ku dengan bunga ros ini....

No comments:

Post a Comment