Selamat Datang

Diri anda amat berharga sekali. Allah ciptakan semua yang ada pada diri anda sebagai amanah yang tidak ada tukar gantinya khusus untuk melaksanakan tugas menjadi Khalifah di muka bumi ini. Jagalah ia dengan baik kerana ia akan menjadi saksi di akhirat kelak.....
Showing posts with label kolestrol. Show all posts
Showing posts with label kolestrol. Show all posts

Wednesday, July 28, 2010

Kulit Kayu Manis...Penawar Hebat

 Kulit kayu manis merupakam antara rempah yang tertua digunakan oleh manusia. Ia berasal dari Sri Lanka dan digunakan bukan sahaja didalam masakan tetapi untuk tujuan rawatan dan perubatan.

Di Malaysia apabila memasak gulai lemak bertumis, asam pedas atau kari tidak akan lengkap masakannya jika tidak dimasukkan kulit kayu manis.

Orang Barat pula suka menambah serbuk kulit kayu manis didalam masakan mereka untuk menambah rasa keenakan masakan itu.

Inti pai epal rasa kekurangan tanpa kulit kayu manis

Berbagai kajian telah di buat terhadap kulit kayu manis dan didapati khasiatnya sungguh menakjubkan.

Ada lebih kurang 25 kebaikan kulit kayu manis yang telah dikenal pasti :

1. Mengurangkan kolestrol
2. Mengurangkan gula dalam darah & membantu kencing manis type 2.
3. Menguatkan sistem peredaran darah & jantung.
4. Membantu menyembuh kanser. Kajian yang dibuat oleh Jabatan Pertanian US di Maryland mendapati kulit kayu manis dapat menyembuh kanser limfoma dan kanser liukimin...juga kanser kolon.Dalam kes kanser kolon didapati kulit kayu manis mempunyai fiber yang dapat membantu pengeluaran bile dalam hempedu dan ini lah penyebab kenapa kanser kolon dapat dihindarkan.
5. Dapat mencegah kerosakan gigi dan nafas berbau.
6. Menyembuhkan penyakit yang berkaitan dengan paru-paru.
7. Membantu masalah penyakit rahim terutama senggugut.
8. Membantu masaalah bengkak dan bisul2.
9. Membantu menajamkan fikiran dan fokus, hilang ingatan fungsi otak.
10.Pencegah kehamilan tetapi dilarang makan bagi ibu2 yang mengandung.
11.Membantu masalah jangkitan kuman di kulit seperti yeast infection, kegatalan & jerawat atau sakit kulit yang lain.
12.Mengurangkan sakit2 sendi.
13. Untuk sakit kepala & migren.
14.Membantu menurunkan berat badan.
15. Bagus untuk menambah pengeluaran air susu bagi ibu2 yang menyusukan anak.
16.Untuk sakit2 urat & otot.
17. Untuk mencairkan darah bagi yang mengalami kepekatan darah yang kronik. Tetapi bagi pesakit hemofilis yang susah untuk berhenti pendarahan di larang dari mengambil rempah ini.
18.Mengecutkan otot & menguatkannya...amat baik untuk mereka yang lepas bersalin atau bagi yang kendur ototnya.
19.Awet muda dan Mencegah dari penuaan
20.Meningkat sistem imun tubuh kerana dapat menghindar dari jangkitan kuman.
21.Mencegah darah dari beku.
22.Boleh membnatu membuang kutu di kepala.
23.Membantu mengecutkan buasir
24. Mempunyai kandungan manganese, calcium, fibre & zat besi yang tinggi.
25. Boleh digunakan sebagai pengawet makanan kerana ia dapat menghalang pembiakan bakteria dalam makanan.

Kulit kayu manis selain boleh di masukkan dalam masakan harian boleh juga dijadikan minuman kesihatan dan di campur dengan madu atau jus minuman kegemaran anda. Ia boleh diminum panas atau sejuk sepanjang hari.

Mengapa tidak mulakannya hari ini.....

Thursday, December 24, 2009

Dari Singaapura membawa kaki yang bengkak & sakit..

Di antara pengunjung & pesakit yang datang mendapatkan rawatan di Daya Alami ialah Cik Yah dari Singapura. Beliau di temani anak perempuannya , Nor seorang pegawai polis di Melaka & suami Cik Yah yang sudah berumur 66 tahun.

Kakinya sudah lapan tahun bengkak & dia mengadu susah untuk bergerak. Sudah lama mengambil ubat dari hospital tapi masaalahnya hingga kini tidak juga berkurang. Selain dari itu beliau juga mempunyai kencing manis & kolestrol yang tinggi.

Setelah memeriksa kakinya saya dapati beliau mengidap varicose veins...dimana urat hijau dibetis & bawah pelikatnya timbul & menggeretol. Beliau selalu mengurutnya tapi sakitnya makin bertambah.

Saya mencadangkan untuk dibekam bahagian buah pinggang, punggung & peha serta betisnya untuk mengeluarkan darah kotor & mencantikkan pengaliran darahnya semula....

Di samping itu buat refleksologi aurashifa' & mencadangkannya untuk mengambil makanan sempurna Spirulina cecair setiap hari selama sebulan pagi & petang disamping ubat Homeopati.

Setelah seminggu beliau memberitahu saya sakitnya ada berkurangan. Saya mencadangkan kepada nya untuk membuat bekam susulan setiap bulan untuk mengurangkan lagi penderitaannya..

Jika diizin Allah bengkaknya akan berkurangan & kolestrol serta kencing manisnya juga akan turun.