Selamat Datang

Diri anda amat berharga sekali. Allah ciptakan semua yang ada pada diri anda sebagai amanah yang tidak ada tukar gantinya khusus untuk melaksanakan tugas menjadi Khalifah di muka bumi ini. Jagalah ia dengan baik kerana ia akan menjadi saksi di akhirat kelak.....

Friday, May 7, 2010

Pengaruh Al-Quran Terhadap Tubuh Manusia

Ada meyeruak perhatian yang begitu besar terhadap kekuatan membaca AI-Quran, dan yang terlangsir di dalam AI-Quran, dan pengajaran Rasulullah SAW, sehingga beberapa waktu yang belum lama ini, belum diketahui bagaimana mengetahui kesan AI-Quran tersebut kepada manusia. Dan apakah kesan ini berupa kesan biologi ataukah kesan kejiwaan, ataukah keduanya, biologi dan kejiwaan.

 

Maka, untuk menjawab pertanyaan-pertanyaan ini, saya memulai sebuah penelitian tentang AI-Quran dalam pengulangan-pengulangan 'Akbar' di kota Panama wilayah Florida. Dan tujuan pertama penelitian ini adalah menemukan kesan yang terjadi pada organ tubuh manusia dan melakukan pengukuran jika memungkinkan.
Penelitian ini menggunakan peralatan peralatan elektronik dengan ditambah komputer untuk mengukur gejala-gejala perubahan fisiologi pada responden sewaktu mereka mendengar bacaan AI-Quran. Penelitian dan pengukuran ini dilakukan terhadap sekelompok manusia:
1. Muslimin yang mampu berbahasa Arab.
2. Muslimin yang tidak mampu ber bahasa Arab
3. Bukan Islam yang tidak mampu ber bahasa Arab.

Pada semua kelompok responden tersebut dibacakan sepotong ayat AI-Quran dalam bahasa Arab dan kemudian dibacakan terjemahannya dalam bahasa Inggeris. Dan pada setiap kelompok ini diperolehi' data adanya kesan yang mampu ditunjukkan tentang Al-Quran, iaitu 97% percubaan berhasil menemukan perubahan kesan tersebut. Dan kesan ini terlihat pada perubahan fisiologi yang ditunjukkan oleh menurunnya kadar tekanan pada saraf secara spontan. Dan penjelasan hasil penelitian ini telah dibentangkan dalam sebuah muktamar tahunan ke-17 di Universiti Perubatan Islam di Amerika bahagian utara yang diadakan di kota Saint Louis Wilayah Mizore, Ogos 1984.

Dan benar-benar terlihat pada penelitian permulaan bahawa kesan Al-Quran yang ketara pada penurunan tekanan saraf mungkin mampu dikorelasikan kepada para pekerja: Pekerja pertama adalah suara beberapa ayat AI-Quran dalam Bahasa Arab. Hal ini bila pendengarnya adalah orang yang mampu memahami Bahasa Arab atau tidak memahaminya, dan juga kepada sesiapa pun (random). Adapun pekerja kedua adalah makna sepenggal ayat AI-Quran yang sudah dibacakan sebelumnya, sehingga walaupun penggalan singkat makna ayat tersebut tanpa sebelumnya mendengarkan bacaan AI-Quran dalam Bahasa Arabnya.

Adapun tahap kedua adalah penelitian pada pengulangan kata 'Akbar' untuk membandingkan apakah terdapat kesan AI-Quran terhadap perubahan-perubahan fisiologi akibat bacaan AI-Quran, dan bukan kerana hal-hal lain selain AI-Quran sebagai suara atau lirik bacaan AI-Quran atau kerana pengetahun responden bahawa yang diperdengarkan kepadanya adalah bahagian dari kitab suci ataupun yang lainnya.
Dan tujuan penelitian komparasional ini adalah untuk membuktikan asumsi yang menyatakan bahawa 'Kata-kata dalam AI-Quran itu sendiri memiliki pengaruh fisiologi hanya bila didengar oleh orang yang memahami AI-Quran. Dan penelitian ini semakin menambah jelas dan rincinya hasil penelitian tersebut.
Peralatan yang digunakan adalah peralatan kajian dan evaluasi terhadap tekanan saraf yang ditambah dengan komputer jenis Medax 2002 (Medical Data Exuizin) yang ditemukan dan dikembangkan oleh Pusat Kajian Kesihatan Universiti Boston dan Syarikat Dafikon di Boston. Peralatan ini mengevaluasi respon-respon perbuatan yang menunjukkan adanya ketegangan melalui salah satu dari dua keadaan iaitu:
1. Perubahan gerak nafas secara langsung melalui komputer.
2. Pengawasan melalui alat evaluasi perubahan-perubahan fisiologi pada tubuh.

Peralatan ini sangat lengkap dan menambah semakin menguatkan hasil bernilai evaluasi.
Program komputer yang mengandungi pengaturan pernafasan dan monitoring perubahan fisiologis dan printer. Komputer Apple 2, iaitu dengan dua floppy disk, layar monitor dan printer.
Peralatan monitoring elektronik yang terdiri dari 4 chanel: 2 chanel untuk mengevaluasi kadar elektrik dalam otot yang diterjemahkan ke dalam respon-respon gerak saraf otot; satu chanel untuk memonitor arus balik elektrik ke kulit; dan satu chanel untuk memonitor besarnya peredaran darah dalam kulit dan banyaknya degup jantung dan suhu badan.

Berdasarkan kadar elektrik dalam otot-otot, maka ia semakin bertambah yang menyebabkan bertambahnya cengkaman otot. Dan untuk memonitor perubahan-perubahan ini menggunakan kabel elektrik yang dipasang di salah satu hujung jari tangan. Adapun monitoring volume darah yang mengalir pada kulit sekali gus memonitor suhu badan, maka hal itu ditunjukkan dengan melebar atau mengecilnya pori-pori kulit. Untuk hal ini, menggunakan kabel elektrik yang menyambung di sekitar salah satu jari tangan. Dan tanda perubahan-perubahan volume darah yang mengalir pada kulit terlihat jelas pada lavar monitor yang menunjukkan adanya penambahan cepat pada jantung. Dan bersamaan dengan pertambahan ketegangan, pori-pori mengecil, maka mengecil pulalah darah yang mengalir pada kulit, dan suhu badan, dan degup jantung.

Percubaan dilakukan selama 210 kali kepada 5 responden: 3 laki-laki dan 2 perempuan yang berusia antara 17 tahun dan 40 tahun, dan usia per-tengahan 22 tahun.

Dan setiap responden tersebut adalah bukan Islam dan tidak memahami bahasa Arab. Dan percubaan ini sudah dilakukan selama 42 kesempatan, di mana setiap kesempatannya selama 5 kali, sehingga jumlah keseluruhannya 210 percubaan. Dan dibacakan kepada responden kalimat AI-Quran dalam bahasa Arab selama 85 kali, dan 85 kali juga berupa kalimat berbahasa Arab bukan AI-Quran. Dan sungguh adanya kejutan pada bacaan-bacaan ini Bacaan berbahasa Arab (bukan AI-Quran) disejajarkan dengan bacaan AI-Quran dalam lirik membacanya, melafazkannya di hadapan telingga, dan responden tidak mendengar satu ayat AI-Quran selama 40 uji kaji. Dan selama diam tersebut, responden ditempatkan dengan kedudukan duduk santai dan terpejam. Dan kedudukan seperti ini pulalah yang diterapkan terhadap 170 uji kaji bacaan berbahasa Arab bukan AI-Quran.

Dan uji kaji menggunakan bacaan berbahasa Arab bukan AI-Quran seperti ubat yang tidak manjur dalam bentuk mirip seperti AI-Quran, padahal mereka tidak mampu membezakan mana bacaan AI-Quran dan mana bacaan berbahasa Arab bukan AI-Quran. Dan tujuannya adalah untuk mengetahui apakah bacaan AI-Quran mampu memberi kesan fisiologi kepada orang yang tidak mampu memahami maknanya. Apabila kesan ini ada (terlihat), maka bererti benar terbukti dan kesan tidak ada pada bacaan berbahasa Arab yang dibaca murottal (seperti bacaan Imam Solat) pada telinga responden.

Adapun percubaan yang belum diperdengarkan satu ayat AI-Quran kepada responden, maka tujuannya adalah untuk mengetahui kesan fisiologi sebagai akibat dari letak/kedudukan tubuh yang rileks (dengan duduk santai dan mata terpejam).

Dan sungguh telah kelihatan dengan sangat jelas sejak percubaan pertama bahawa kedudukan duduk dan diam serta tidak mendengarkan satu ayat pun, maka ia tidak mengalami perubahan apa-apa ketegangan. Oleh kerana itu, percubaan diringkas pada tahap terakhir pada penelitian perbandingan terhadap pengaruh bacaan AI-Quran dan bacaan bahasa Arab yang dibaca murottal seperti AI-Quran terhadap tubuh.

Dan kaedah pengujiannya adalah dengan melakukan selang-seli bacaan:
dibacakan satu bacaan AI-Quran, kemudian bacaan bahasa Arab, kemudian AI-Quran dan seterusnya atau sebaliknva secara terus menerus. Dan para responden tahu bahawa bacaan yang didengarnya adalah dua macam: AI-Quran dan bukan AI-Quran, akan tetapi mereka tidak mampu membezakan antara keduanya, mana yang AI-Quran dan mana yang bukan.

Adapun kaedah monitoring pada setiap percubaan penelitian ini, maka hanya mencukupkan dengan satu chanel iaitu chanel monitoring kadar elektrik pada otot-otot, iaitu dengan peralatan Midax sebagaimana saya sebutkan di atas. Alat ini membantu menyampaikan elektrik yang ada di dahi.

Dan petunjuk yang sudah dimonitor dan dicatat selama percubaan ini mengandungi tenaga elektrik skala pertengahan pada otot dibandingkan dengan kadar fluktuasi elektrik pada waktu selama percubaan. Dan sepanjang otot untuk mengetahui dan membanding-kan peratusan tenaga elektrik pada akhir setiap percubaan jika dibandingkan keadaan pada awal percubaan. Dan semua monitoring sudah dikesan dan dicatat di dalam komputer.

Dan sebab mengutamakan kaedah ini untuk memonitor adalah kerana peralatan ini mampu mengoutput angka-angka secara rinci yang padan untuk kajian banding, evaluasi dan akuntabel. Pada satu ayat percubaan, dan satu kelompok percubaan perbandingan lainnya mengandungi makna adanya hasil yang positif untuk satu jenis cara yang paling kecil sehingga sekecil-kecilnya tenaga elektrik bagi otot. Sebab hal ini merupakan indikator bagusnya kadar fluktuasi ketegangan saraf, dibandingkan dengan berbagai jenis cara yang digunakan responden tersebut ketika duduk.

Ada hasil positif 65% percubaan bacaan AI-Quran. Dan hal ini menunjukkan bahawa tenaga elektrik yang ada pada otot lebih banyak turun pada percubaan ini. Hal ini ditunjukkan dengan kesan ketegangan saraf yang terbaca pada monitor, di mana ada kesan hanva 33% pada responden yang diberi bacaan selain AI-Quran.
Pada sejumlah responden, mungkin akan terjadi hasil yang terulang sama, seperti hasil pengujian terhadap men-dengar bacaan AI-Quran. Oleh kerana itu, dilakukan ujicuba dengan diacak dalam memperdengarkannya (antara AI-Quran dan bacaan Arab) sehingga diperoleh data atau kesimpulan yang bernilai.

Sungguh sudah terlihat jelas hasil-hasil awal penelitian tentang kesan AI-Quran pada penelitian terdahulu bahawa AI-Quran memiliki pengaruh positif dan signifikan terhadap saraf dan mungkin mampu dicatat pengaruh ini sebagai satu hal yang terpisah, sebagaimana pengaruh ini pun terlihat pada perubahan tenaga elektrik pada otot-otot pada organ tubuh. Dan perubahan-perubahan yang terjadi pada kulit kerana tenaga elektrik, dan perubahan pada peredaran darah, perubahan detak jantung, volume darah yang mengalir pada kulit, dan suhu badan.

Dan semua perubahan ini menunjukkan bahawa ada perubahan pada organ-organ saraf otak secara langsung dan sekali gus mempengaruhi organ tubuh lainnya. Jadi, ditemukan sejumlah kemungkinan yang tidak berhujung (tidak diketahui sebab dan musababnya) terhadap perubahan fisiologi yang mungkin disebabkan oleh bacaan AI-Quran yang didengarkannva.

Oleh kerana itu sudah diketahui oleh umum bahawa ketegangan-ketegangan saraf akan berpengaruh kepada dis-fungsi organ tubuh yang dimungkinkan terjadi kerana produksi zat kortisol atau zat lainnva ketika merespon gerakan antara saraf otak dan otot. Oleh kerana itu pada keadaan ini pengaruh AI-Quran terhadap ketegangan saraf akan menye-babkan seluruh badannya akan segar kembali, di mana dengan bagusnya stamina tubuh ini akan menghalau berbagai penyakit atau mengubatinva. Dan hal ini sesuai dengan keadaan penyakit tumor otak atau kanser otak.
Juga, hasil uji cuba penelitian ini menunjukkan bahawa kalimat-kali mat AI-Quran itu sendiri memiliki pengaruh fisiologi terhadap ketegangan organ tubuh secara langsung, lebih-lebih lagi apabila disertai dengan mengetahui maknanya. Dan perlu untuk disebutkan di sini bahawa hasil-hasil penelitian yang disebutkan di atas adalah masih terbatas dan dengan responden yang juga terbatas.

http://kmns.blogspirit.com/archive/2007/11/14/pengaruh-al-quran-terhadap-tubuh-manusia.html

No comments:

Post a Comment