Selamat Datang

Diri anda amat berharga sekali. Allah ciptakan semua yang ada pada diri anda sebagai amanah yang tidak ada tukar gantinya khusus untuk melaksanakan tugas menjadi Khalifah di muka bumi ini. Jagalah ia dengan baik kerana ia akan menjadi saksi di akhirat kelak.....

Tuesday, October 4, 2011

Nasi Kukus Berherba.....enak dimakan bersama Kurma Ayam


: NASI KUKUS HERBA ::


Bahan nasi:1kg beras basmathi
2 batang serai - diketuk
1 batang kulit kayu manis
1 helai daun pandan - disimpul
½ sudu makan halba campur
500ml santan pekat
Air secukupnya
Garam dan serbuk perasa secukupnya

Bahan kurma ayam:1kg ayam - dibersihkan
10 biji bawang merah
8 ulas bawang putih
5cm halia
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 batang kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
250gm cili giling
Rempah kurma secukupnya
1 liter santan
Garam dan serbuk perasa secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara memasak:1. Basuh beras sebersih-bersihnya dan masukkan ke dalam periuk nasi bersama serai, kulit kayu manis, daun pandan dan halba campur.
2. Kemudian masukkan santan, air dan perasakan. Kukus sehingga masak.
3. Seterusnya untuk membuat ayam kurma, panaskan minyak dan tumis bahan kisar, bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis dan buah pelaga sehingga garing.
4. Setelah itu, masukkan cili giling dan rempah kurma. Kacau sehingga pecah minyak.
5. Masukkan pula ayam dan air secukupnya. Didihkan seketika.
6. Akhir sekali, masukkan santan dan didihkan sehingga kuah pekat. Perasakan.

No comments:

Post a Comment