Selamat Datang

Diri anda amat berharga sekali. Allah ciptakan semua yang ada pada diri anda sebagai amanah yang tidak ada tukar gantinya khusus untuk melaksanakan tugas menjadi Khalifah di muka bumi ini. Jagalah ia dengan baik kerana ia akan menjadi saksi di akhirat kelak.....

Friday, June 11, 2010

Harapan dan doa untuk mendapat zuriat

Sewaktu baru berumah tangga pada tahun 1978 dahulu..saya telah di ziarahi sepasang suami isteri yang juga merupakan sahabat karib yang baru juga pulang dari England. Namanya saya rahsiakan ...cukuplah kita kenalinya sebagai S. Mereka telah mendirikan rumahtangga selama beberapa tahun dan masih belum di kurniakan cahaya mata.

Hatinya risau, sedih dan sudah puas berubat dan mencuba banyak petua dari sesiapa sahaja yang memberi petua kepada nya.....masih juga belum berjaya.

Setelah lama bercerita dia menanya saya samada mempunyai apa apa cara untuk membantunya.....

Saya termenung dan menjelaskan bahawa semuanya terserah kepada ketetapan Allah swt. dan izin Nya.

Maka saya menyuruhnya untuk solat dan munajat selama 40 hari berturut2 pada waktu sebelum subuh. Pada sujud yang terakhir berdoalah pada Allah swt tentang hajat yang di ingini. Selepas solat subuh bacalah doa Nabi Zakaria dari Surah Mariam ini.



Berpuasa setiap hari Isnin dan Khamis dan bersedeqah pada mana2 anak yatim semampunya. Saya juga menasihatkan dia supaya makan madu asli dan banyakkan makan buah dan sayur.

( Ayat ayat dari surah Mryam ini telah banyak saya berikan kepada mereka2 yang datang mengadu hal tidak mendapat zuriat walau telah lama mendirikan rumah tangga.. Ada yang berhasil ada yang tidak. )

Selepas itu beliau lama tidak berkunjung ke rumah saya. Saya tidak dapat mengetahui perkembangannya dan berita darinya pun tidak sampai kepada saya.

Selepas 7 tahun saya terserempak lagi dengan di satu majlis ilmu di sebuah masjid di Kuala Lumpur. Wajah nya kurus. Saya nmenaya khabarnya kerana dia kelihatan penat dan lesu. Sakit ke? Oh tidak..hanaya penat bergelut....bekerja ke......tak....tak dapat rehat kerana terlalu sibuk....Berniaga ke...Tak...memguruskan anak2...

Dah ada anak...alhamdullillah...Allah akhirnya mengabulkan doa mereka suami isteri.

Berapa orang anak...saya bertanya...

Alhamdullilah....7 orang....jawabnya senyum...

7 orang??? saya terkejut besar.

Dia mula berkisah. Selepas bertemu saya dia mengamalkan apa yang saya anjurkan. Dengan izin Allah dia dikurniakan 7 orang anak dalam masa 7 tahun. Dan lelaki semuanya.....

Nama anak yang sulung Ahmad Zakaria. Yang kedua Mohammad Zakaria. Yang ketiga Abdullah Zakaria. Yang ke empat Zakaria Yahya...begitu lah seterus nya....semua anak2nya mempunyai nama Zakaria di awal atau di akhirnya sempena doa Nabi Zakaria.

Di akhir perbualan dia berbisik kepada saya....Ada tak doa untuk mengjarangkan kehamilan. Saya menggelengkan kepala perlahan2.....mintalah pada Dia..pasti dia akan mengabulkannya...

Sungguh cepat jawaban yang Allah beri kepada kita seandainya kita menghadapkan masaalah kita kepada Dia dengan penuh yakin dan ikhlas. Pemberian Nya cukup banyak sehingga akhirnya kita diuji pula dengan pemberianNya itu......

No comments:

Post a Comment