Selamat Datang

Diri anda amat berharga sekali. Allah ciptakan semua yang ada pada diri anda sebagai amanah yang tidak ada tukar gantinya khusus untuk melaksanakan tugas menjadi Khalifah di muka bumi ini. Jagalah ia dengan baik kerana ia akan menjadi saksi di akhirat kelak.....

Sunday, July 18, 2010

Rawatan untuk mereka yang sakit kepala seperti migrain...

Sakit kepala, migrain atau pening kepala adalah penyakit yang sungguh memberi kesan yang tidak di sukai oleh pengidapnya.

Sakit kepala kadang2 di belah kiri atau kanan kepala. Di dahi atau di belakang kepala. Sakitnya ada kala berdenyut-denyut, mengcengkam, mencucuk atau seperti di tumbuk. Ia bole berlaku di waktu pagi atau petang atau waktu tengahari.

Bagi pesakit migrain pula, ada yang mengalami rasa loya dan muntah2. Di tahap yang teruk ada juga yang sampai pengsan tidak sedarkan diri.

Seorang kawan yang bekerja di Syarikat Telekom Malaysia pernah belajar di Amerika. Doktornya mengatakan bahawa tidak ada ubat dan penyembuh untuk migrain. Dia diberi satu sijil nmenyatakan bahawa dia adalah pesakit migrain dan jika terjadi apa2 orang yang akan merawatnya akan tahu bahawa dia mengidap sakit migrain.

Pernah sekali dia pengsan ketika memandu kereta di Amerika. Alhamdullilah tiada kemalangan terjadi kerana dia sempat menghentikan kenderaannya di bahu jalan sebelum tidak sedarkan diri. Bila sedar dia sudah berada di hospital.

Pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan bagi membantu sakit kepala dan migrain biasanya akan di periksa mata mereka menggunakan kaedah iridologi untuk melihat apakah penyakit mereka mempunyai kaitan dengan masalah usus seperti angin, gastrik atau kembung atau sembelit yang sudah di idapai bebeapa tahun.

Kemudian seperti biasa mereka akan di uji tahap asid dalam badan mereka,

Selain dari menasihati mereka untuk menukar gaya hidup dan pemakan yang sesuai untuk menghilangkan sakit mereka. Berpantang masakan berlemak, berminyak dan kekacang seperti kacang tanah dan kacang hijau. Juga makanan yang akan menyebabkan angin dalam perutnya haruslah dielakkan.

Banyakkan makan sayurran hijau dan berwarna warni serta buah2an yang manis samada buah tempatan atau yang di import. Jikaa mampu makan yang organik dan berserrat tinggi untuk memulihkan kembali sistem penghadaman mereka.

Mereka juga  diminta untuk berbekam dan urut refleksologi di tangan dan kaki akan di buat.Tee's Tecnique Terapy juga akan dibuat untuk mengeluarkan angin yang tak lepas dalam perut. Aurashifa' juga akan di lakukan di bahagian kepala dan perut.

Ubat Homeopati dan Bio Chemic, madu lebah, Royal Jelly dan Propolis sangat2 membantu memulih kembali keadaan ini tetapi harus di makan secara berterusan sehingga sembuh. Herba Pegaga juga dapat membantu bahagian saraf dan menyahkan toksid.

Bagi mereka yang berugama Islam bolehlah mengamalkan ayat2 AlQuran seperti berikut dengan penuh keyakinan bahawa ayat2 ini boleh memberi kelegaan dan akhirnya menyembuhkan sakit idapan mereka.:

Silakan mengamalkan membaca Surah Alfatihah  ( 1x.)
Surah Yasin Ayat 58  ( 7x, )
Surah Al Isra' Ayat 82  ( 7x )
Surah Hasyr Ayat 21   ( 7x, )
Surah Al Waqiah Ayat 19  ( 7x )

Selawat ke atas Rassullullah saw  ( 3x )

Seandai berkesempatan bacalah selepas solat Subuh dan Magrib ...

Amat baik sekali jika  dibaca di hadapan air dan air itu di minum sebagai penawar.

Cubalah dan rasailah keajaibannya....

No comments:

Post a Comment