Selamat Datang

Diri anda amat berharga sekali. Allah ciptakan semua yang ada pada diri anda sebagai amanah yang tidak ada tukar gantinya khusus untuk melaksanakan tugas menjadi Khalifah di muka bumi ini. Jagalah ia dengan baik kerana ia akan menjadi saksi di akhirat kelak.....

Wednesday, September 14, 2011

Aurashifa' Untuk Cik Gu H...

Beberapa minggu yang lepas sewaktu musim cuti sekolah baru bermula untuk bulan Jun tahun ini, saya dipanggil seawal pukul 7 pagi dari sebuah sekolah berdekatan dengan rumah saya di Ayer Keroh, Melaka. Seorang guru yang sering menghadapi masaalah pertuturan dan pergerakan anggota tubuh sewaktu diserang sakitnya meminta saya datang untuk merawatnya.

Cikgu H ( nama sebenarnya tidak dapat saya tulis), pernah mendapat rawatan dari saya beberapa kali. Kemudian beliau telah mencuba dengan beberapa perawat yang lain yang menggunakan pendekatan yang berbeza. Saya tidak tahu apakah perubahan yang dilaluinya.

Saya hanya dapat pergi ke sekolahnya dalam pukul 10 pagi. Waktu sampai di sekolahnya saya diberitahu bahawa Cikgu H berada di makmal. Apabila saya sampai di makmal, saya dapati Cikgu H duduk di kerusi dan tidak dapat bergerak. Apabila melihat saya, dengan suara yang garau (bukan suaranya) dia berekata, " Oh! Awak lagi yang datang!"

Suara itu seperti dahulu loghatnya ialah loghat Indonesia.

Saya memberi salam pada Cikgu H dan memulakan rawatan Aurashifa'.

Apabila diserang sakitnya Cikgu H mempunyai masaalah bertutur yang jelas, lehernya seperti dicekik, kaki tangannya akan mengerekok. Dia tidak dapat berjalan....kakinya bagai terikat dan terlalu sukar untuk bergerak. Dia sakit tapi tidak menunjukkan kesakitannya.

Sambil membaca zikir dan ayat2 yang dia mampu baca saya memulakan rawatan aurashifa' dengan membuang tenaga negatifnya, memberikan tenaga positif dan melindunginya dengan cahaya putih.

Dalam sepuluh minit keadaannya semakin pulih dan pertuturannya normal.

Saya memberi perangsang kepadanya bahawa dia sebenarnya kuat dan mampu berhadapan dengan segala cabaran walau sebesar mana dan mampu menyelesaikannya kerana dia bijak dan berfikiran positif.

Dia mengganggukkan kepalanya dan mengiakan kata2 saya. Wajahnya kelihatan cukup tenang bagi seorang wanita yang terpaksa berhadapan dengan penyakit yang belum dapat ditemui penawarnya.

" Allah kan Maha Mendengar dan Maha Mengabulkan semua permintaan. Pasti Dia akan menyembuhkan kerana Dia lah Penyembuh segala penyakit."

Setelah memberi Cukgu H minum air Yasin yang saya bawa bersama, saya mohon izin pergi kerana urusan yang lain.

Saya berdoa agar dia akan sihat sepenuhnya dan akan dapat menjalankan tugasnya sebagai seorang guru, ibu dan isteri dengan sempurna. Ameen.

No comments:

Post a Comment